Student Profiles
Malaysian Students

Emily Cheng, MA International Journalism, Malaysia
Kali pertama saya menjejak kaki di Liverpool, saya begitu kagum dengan kemodenan bandaraya dan kekayaan budayanya. Bandar Liverpool mempunyai bangunan-bangunan yang cantik dan auranya yang tersendiri. Dengan muzik, fesyen, dan tentunya bola sepak, Liverpool adalah tempat yang sesuai untuk didiami dan belajar. Saya adalah pelajar program musim panas 3 bulan Malaysia, dimana ia adalah antara kolej saya dan Liverpool John Moores University. Sepanjang berada disini saya merasa sungguh seronok.
Pensyarah-pensyarah program terdiri daripada meraka yang berpengetahuan luas dan cara pengajaran mereka juga tersusun dan dinamik. Mereka sentiasa memberi galakkan untuk belajar, dan memberi maklum balas yang pantas dan memberi sokongan dari segi akademik dan peribadi. Bahasa kadang-kala boleh menjadi masalah kepada pelajar antarabangsa, tetapi mereka begitu memahami dan sentiasa bersedia membantu dalam apa cara sekalipun.
Pusat Hasil Pembelajarannya adalah terbaik. Disini terdapat pelbagai sumber maklumat tersedia untuk bidang kewartawanan dan tentunya kemudahan internetnya percuma 24 jam. Baru-baru ini saya telah dilantik sebagai Wakil Pelajar untuk Sekolah Media. Ini melibatkan perjumpaan dengan tutor-tutor dan pensyarah-pensyarah serta memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada rakan pelajar antarabangsa yang lain. Tugas ini memberi saya pengalaman yang berharga. Saya rasa amat bangga dapat mengalas tugas tersebut di LJMU. Saya menetap di Cambridge Court, dimana tempat ini amat selamat untuk didiami. Ia juga terletak berhampiran dengan bilik pensyarah.
Dimasa hadapan, saya berharap untuk menetap di U.K. dan dapat pekerjaan dalam bidang kewartawanan penyiaran dan saya juga adalah penyampai televisyen sambilan yang mengacarakan rancangan kecantikan di Kuala Lumpur. Jika anda belajar di Liverpool John Moores University, anda akan dapat pengalaman belajar yang berharga dan dapat menetap di bandar yang hebat.
When I first came to Liverpool, I was impressed with how modern the city was and it was rich with culture. It has many beautiful buildings and there is always a very vibrant atmosphere. With the music, fashion, and of course football, Liverpool is an incredible place to live and study. I was on the TAR programme. This is a three-month Malaysia summer programme, which is a link between my college and Liverpool John Moores University. I enjoyed my time here so much that I thought it was only logical to continue my studies here at LJMU.English Version
The lecturers on my programme are extremely knowledgeable, and they have a well-prepared, dynamic approach to teaching. They are also very encouraging with your work, as they are quick to give feedback and supportive toward your academic and personal life. Importantly they understand that the language used can sometimes be difficult for International students, but they help in every way that they can.
The Learning Resource Centre’s are excellent. They contain many different sources of information for journalism and there is of course the free 24-hour Internet access.I have recently been appointed the Student Representative for the school of Media. This involves meeting regularly with tutors and lecturers as well as giving support and advice to other International students. The role is providing me with great experience and I feel proud to have such a position within LJMU.My accommodation is Cambridge Court, which is very safe and secure. It is also close to the Library and my lecture halls.
In the future when I have completed my studies I hope to stay in the U.K and get a job in Broadcast Journalism and I was actually a part time television presenter on beauty show in Kuala Lumpur. If you come to Liverpool John Moores University you will be given an excellent experience to study well and live in a fantastic city.
Sophie Kho, Mpharm , Malaysia
Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk belajar di Liverpool John Moores University kerana sebelum ini kakak saya juga belajar disini dan beliau telah mencadangkan agar saya juga berbuat demikian. Menurut beliau, Liverpool adalah sebuah bandar dimana kos sara hidupnya adalah sederhana untuk didiami dan belajar. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menetap di pusat bandar, tetapi ia adalah bandar yang selamat. Sebelum datang kesini, saya telah menjalankan sedikit kaji selidik mengenai LJMU menerusi internet, dan mendapati frasarana dan kemudahan tempat tinggal yang disediakan begitu baik sekali.
Sistem yang terdapat di Jabatan Farmasi adalah yang terbaik. Walaupun ia adalah antara jabatan yang tertua di negara, tetapi makmal-makmalnya lengkap dengan alatan yang terkini. Disini tutor-tutornya berdamping dengan pelajar untuk menjalinkan perhubungan yang lebih erat dan mereka juga mengajar dengan sepenuh jiwa. Baru-baru ini kumpulan tutor saya dan tutor-tutor kami telah berkumpul dan mengadakan majlis makan dan suai kenal. Saya merasakan majlis perjumpaan sedemikian sangat bermakna bagi kami; pelajar antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa bersedia mambantu jika kami berhadapan dengan masalah pembelajaran. Di sini persekitaran pembelajaran adalah sihat. Saya berasa begitu bertuah, kerana semua yang saya temui begitu baik sekali. Rakan-rakan yang berbangsa Inggeris menerima kehadiran kami dikalangan mereka. Kerap terjadi dimana pelajar antarabangsa beranggapan bahawa mereka hanya perlu bergaul dengan rakan senegara sahaja. Ianya merugikan kerana orang-orang di sini begitu mesra dan adalah lebih baik jika kita dapat menerokai budaya British yang berbeza, serta bergaul dengan semua pelajar dari seluruh pelosok dunia.
Cara terbaik untuk menjalinkan persahabatan adalah dengan menyertai kelab didalam Persatuan Pelajar, dan jika kelab tersebut tidak wujud, apa kata anda menubuhkannya. Saya merupakan Naib-Kapten bagi Persatuan Sorak dan sepanjang perjumpaan dan latihan, saya mempunyai beberapa sahabat baik. Malam bersama pelajar dan perjumpaan juga adalah cara yang terbaik untuk menjalinkan persahabatan, dan Persatuan Pelajar juga banyak menganjurkan majlis sosial. Tetapi sebagai seorang pelajar, kita harus menggariskan batas tertentu kerana pelajaran adalah yang utama.
Saya memang mencadangkan LJMU kepada pelajar diluar sana yang berhajat untuk belajar di United Kingdom. Kemudahan belajar yang terdapat disini adalah selaras dengan teknologi terkini kerana ia adalah sebuah universiti yang baru. Pensyarah-pensyarah dan tutor-tutornya begitu berdedikasi untuk membimbing pelajar-pelajarnya ke tahap yang terbaik. Di sini juga, kebajikan pelajar juga diberi keutamaan dan dijaga dengan sebaiknya.
English Version
"I initially decided to come to Liverpool John Moores University because my sister had previously studied here and she highly recommended it to me. She informed me that Liverpool was a very affordable city to live and study in. At first I was a bit hesitant about living in the city centre but it is actually a really safe city. I researched LJMU on the Internet before I came here, and the facilities and accommodation looked excellent. I could really see myself enjoying being a student there".
" The Pharmacy department at LJMU has an excellent system, it is one of the oldest departments in the country but the laboratories are state of the art. The tutors make a real effort to get to know the students and put 100% effort into their teaching. My tutor group recently went out for a meal with our tutor as a way to get to know one another. I feel that initiative such as this is very reassuring to International students, as it is good to know that our tutors are approachable if we are experiencing any study problems. There is also a really positive environment for learning amongst the students. I feel really lucky, as everyone I’ve met has been wonderful and a lot of my English friends have welcomed me into their culture. A common misunderstanding amongst International students is that they must stay within groups of students from their home country, but everyone is so friendly and it’s better to explore different cultures of British and International students, from all over the world".
" The best way to make friends is to join a club within the student union, and if a club doesn’t exist just start one your self. I’m vice-captain of the cheer leading squad and I made some of my best friends when meeting up for practice. Student nights and gatherings are also a great way to make friends, and there are always lots of social events happening within the student union. But you have to know your limits because your studies must always come first".
" I would highly recommend Liverpool John Moores University to any International student wishing to study within the U.K. It is still a fairly new university; so all the facilities for learning are up to date with modern technology. The Lecturers and Tutors are dedicated to educate the students to a high level, and there is also a strong emphasis on the welfare of International students".
